7 Tips Beli Emas

Nak beli emas ni mesti kena ada ilmu. Tak boleh main beli je. Nanti rugi.

So dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda 7 tips macam mana nak beli emas pelaburan dan perhiasan supaya pembelian anda itu berbaloi dan menguntungkan.

 

1 – Beli emas 999
Emas 999 bermaksud 99.9% kandungan goldbar atau dinar itu adalah emas. Tidak ada campuran bendasing seperti perak, nikel, tembaga dan lain-lain. Kiranya emas yang anda beli itu memang tulen, pure, dan betul-betul emas.

Walaupun harganya sedikit mahal berbanding emas 916, tetapi sekurang-kurangnya anda beli logam yang berharga yang mengandungi hampir 100% kandungannya adalah emas.

 

2 – Cari spread yang rendah
Perbezaan harga jual-beli emas dipanggil sebagai spread.

 

3 – Lagi berat, lagi bagus
Kalau ada modal, terus beli emas seberat yang mungkin. Lagi berat, lagi bagus. Kenapa? Sebab harga per gramnya lebih murah.

 

4 – Caj upah (gold premium) yang rendah
Setiap transaksi pembelian emas fizikal seperti goldbar, dinar mahupun barang kemas akan mempunyai caj upah. Caj upah ini dipanggil sebagai Gold Premium.

Caj upah atau Gold Premium ini adalah kos tambahan untuk membentukkan emas tersebut dari seketul emas yang tiada rupa, dibentukkan menjadi goldbar, dinar, cincin dan lain-lain. Caj upah ini bergantung kepada pembuatnya. Lagi susah cara nak membuatnya, lagi tinggi caj upah yang dikenakan.

Tetapi tips yang saya nak berikan. Kalau anda beli barang kemas di kedai emas, cuba minta kurang dekat caj upah. Ada sesetengah kedai emas mungkin tak bagi diskaun dekat harga emas, tetapi mereka akan bagi diskaun dekat caj upah.

 

5 – Beli emas padu, bukan hollow

Kalau beli barang kemas seperti gelang dan rantai, pastikan anda beli emas yang padu, bukannya hollow. Walaupun emas padu ini kecil, tetapi terasa beratnya apabila dipegang di tangan.

Manakala emas hollow, walaupun nampak besar, tetapi emas tersebut ringan. Bila pegang pun boleh dengar bunyi kerincing (bunyi macam besi kosong) apabila emas tu berlaga sesama sendiri.

Dan lagi satu, emas hollow ini nipis dan mudah bengkok. Jadi kalau nak beli gelang atau rantai emas, pastikan beli yang padu.

 

6 – Cari harga per gram yang rendah

Kalau anda berkenan dengan sesuatu design barang kemas tu, kira dulu berapa harga per gram samada berbaloi ke tak pembelian tersebut. Cara nak kira harga per gram ni mudah je.

Harga per gram = [(Harga emas x Berat emas) + Caj upah] / Berat emas

Contoh, gelang emas yang anda nak beli tu beratnya 20 gram. Caj upah pula orang kedai bagitahu tadi harganya RM700. Dan harga emas untuk emas 916 ketika anda nak beli tu harganya RM340.

Dengan menggunakan formula di atas:

[(RM340 x 20 gram) + RM700] / 20 gram
= (RM6,800 + RM700) / 20 gram
= RM7,500 / 20 gram
= RM375/gram

Ulang kiraan yang sama untuk design yang lain pula. Dapatkan harga per gram untuk design tersebut. Dan pilih design yang berikan nilai harga per gram yang rendah. Kerana anda dapat lebih gram emas dengan harga yang lebih rendah.

 

7 – Di Terima di Jual di Mana-Mana

Dan yang terakhir adalah, pastikan anda beli emas lebih murah dari harga pasaran. Bukan sahaja harga emasnya ikut harga emas dunia, malah spreadnya juga kecil dan mempunyai ketulenan 999.9 (bersamaan dengan 99.99% emas). Dan semestinya emas ini boleh dijual di mana-mana dan diterima di Ar-Rahnu Pajak Gadai.